HIJAB UNTUK WANITA - SIRI 1

Soalan:
Kenapa Islam merendahkan martabat wanita dengan menutup mereka di sebalik purdah?


Jawapan:

Status wanita di dalam Islam sering menjadi sasaran bagi media sekular. ‘Hijab’ atau tatacara pemakaian di dalam Islam disebut oleh ramai orang sebagai satu contoh ‘penaklukan’ wanita di bawah undang-undang Islam. Sebelum kita meneliti rasional di sebalik tuntutan ‘berhijab’, terlebih dahulu marilah kita kaji status wanita dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam.

1. Pada masa lalu, maruah wanita dihina dan diguna sebagai pemuas nafsu.

Contoh-contoh dari sejarah berikut menggambarkan hakikat bahawa status wanita di dalam ketamadunan awal amatlah hina sehingga ke tahap hak asasi mereka dinafikan:

a. Tamadun Babylon:

Wanita dipandang rendah sehinggakan semua haknya dinafikan di bawah undang-undang Babylon. Jika seorang lelaki membunuh seorang wanita, bukan lelaki tersebut yang dihukum, akan tetapi sang isteri yang akan dihukum mati.

b. Tamadun Greek:

Tamadun Greek dianggap sebagai tamadun purba yang paling gemilang. Di bawah sistem pemerintahan yang ‘gemilang’ ini, semua hak wanita ditekan dan dipandang rendah. Ini kerana di dalam mitologi Greek, satu ‘wanita khayalan’ yang digelar ‘Pandora’ merupakan sumber kecelakaan manusia.

Masyarakat Greek menganggap wanita sebagai kurang sempurna sifat kemanusiaannya dan sekadar orang bawahan kepada golongan lelaki. Meskipun kemurnian wanita amat berharga, dan wanita dipandang tinggi, masyarakat Greek lama-kelamaan dibinasakan oleh sikap ego dan salahlaku seksual. Pelacuran telah menjadi amalan biasa di kalangan semua kelas masyarakat Greek.

c. Tamadun Rom:

Semasa tamadun Rom berada di puncak kejayaannya, seorang lelaki bahkan mempunyai hak untuk mengambil nyawa isteri sendiri. Pelacuran dan keadaan bertelanjang adalah lazim di kalangan masyarakat Rom.

d. Tamadun Mesir purba:

Masyarakat Mesir purba melihat wanita sebagai jahat dan sebagai satu tanda syaitan.

e. Zaman Arab Pra-Islam:

Sebelum Islam tersebar di jazirah Arab, penduduk Arab merendahkan maruah wanita dan seringkali anak perempuan yang baru dilahirkan akan ditanam hidup-hidup.
 
 
* bersambung...
Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan