BIBLE BUKAN DIILHAMI 'ROH KUDUS'


Sejak dari awal kewujudannya, Bible golongan Kristian telah diproses menjadi banyak versi yang saling berbeza di antara satu sama lain. Antara versi yang popular ialah King James Version (KJV), New International Version (NIV), dan Revised Standard Version (RSV). Meskipun pihak Kristian mendakwa bahawa penulisan Bible diilhami oleh ‘Roh Kudus’, namun ayat-ayatnya mempunyai banyak pertentangan di antara satu sama lain. Misalannya:

1. Siapakah yang membujuk Daud untuk menghitung/ bangkit melawan orang Israel?
(a) Tuhan (2 Samuel 24: 1)
(b) Syaitan (I Tawarikh 21:1)

2. Di dalam perhitungan itu, berapakah jumlah orang Israel yang dapat memegang pedang?
(a) Lapan ratus ribu (2 Samuel 24:9)
(b) Sejuta seratus ribu orang (I Tawarikh 21:5)

3. Berapakah jumlah orang Yehuda yang dapat memegang pedang?
(a) Lima ratus ribu (2 Samuel 24:9)
(b) Empat ratus tujuh puluh ribu (I Tawarikh 21:5)

Selain daripada itu, Bible juga mempunyai perbezaan dari sudut penambahan dan pengurangan ayat, sedangkan penulisnya adalah sama. Justeru terbukti bahawa Bible sudah tidak autentik kerana penulis yang sama telah mengubahsuai ayat-ayat Bible mengikut ilham ‘Roh Kudus’. Berikut antara contoh bukti pengubahsuaian yang terdapat di dalam versi-versi Bible:

1. Angka 40.000 diubah 90 % menjadi 4.000.
·         I Raja-raja 4 : 26, TL-LAI 1960 menyebutkan 40,000 kandang,
·         I Raja-raja 4 : 26, TB- LAI 1979 menyebutkan 4,000 kandang.

2. Angka 8 tahun ditukar menjadi 18 tahun.
·         II Tawarikh 36 : 5-9 Alkitab Melayu tahun 1928 menyebutkan 8 tahun,
·         II Tawarikh 36 : 5-9, TB_LAI 1999 dan II Raja-raja 24 : 8, TB-LAI 1999 menyebutkan 18 tahun.

3. Angka 7 tahun dikurangkan menjadi 3 tahun
·         II Samuel 24 : 13, Alkitab bahasa Melayu tahun 1928 menyebutkan 7 tahun,
·         II Samuel 24 : 13, TB-LAI 1999 menyebutkan 3 tahun.

Jadi dapat difahami bahawa Bible mempunyai pertentangan dari dua sudut:
·         Kisah yang sama, tetapi faktanya berbeza.
·         Ayat yang sama, tetapi faktanya juga diubah-ubah.

Sedikit komentar: Apabila angka 7 ditukar menjadi 3 untuk menghilangkan pertentangan ayat di antara kitab Samuel dengan kitab Tawarikh, mereka tidak menghormati kitab suci nenek moyang sendiri. Akibatnya perbezaan itu tidak hilang, tetapi cuma kabur buat sementara waktu.

Sebelum disemak, perbezaan wujud di antara kitab berbeza iaitu Samuel dan Tawarikh. Tetapi setelah disemak a.k.a diubahsuai, pertentangan yang makin parah terjadi di antara kitab sama iaitu Samuel tahun 1928 dengan Samuel tahun 1999. Semakin banyak edisi semakan dibuat, semakin jelas terbukti bahawa Bible mempunyai banyak pengubahsuaian.

Apakah itu yang dikatakan diilhami ‘Roh Kudus’? Tentu sahaja tidak, melainkan hasil kerja tangan manusia semata-mata.

“Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini daripada Allah, dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan.”
(Al-Baqarah 2;79).

LAI : Lembaga Alkitab Indonesia
LBI : Lembaga Biblika Indonesia
PB : Perjanjian Baru
PL : Perjanjian Lama
TB : Alkitab Terjemahan Baru
TL : Alkitab Terjemahan Lama

Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan